Friday, 14 February 2014

Timing Belt Saga BLM + Major Service

Sebagai tanda kasih & sayang aku kat kereta, aku tak nak delay dia punya major service. Mileage baru cecah 85895km. Dah sampai masa nak kena tukar timing belt. Dah pulak minyak engine & minyak auto pun sama-sama nak due. Memang aku set macam tu. Senang nak plan servis sekali harung. Tak payah aku nak ulang 3 4 kali pergi bengkel. Tapi yang sakit sikit tu bab duit la. Walaupun 2 3 bulan ni aku agak sengkek, aku cari jugak modal nak buat. Sayng punya pasal (padahal aku takut timing belt buat kacau sebab minggu depan aku dengan wife dah plan nak pi Melaka).

Ok kamonn, 'straight to the point' bak kata orang putih dan orang Melayu yang boleh cakap orang putih. Barang-barang aku beli sendiri. Sebab aku tau sikit-sikit pasal kereta dan pulak office aku dekat dengan deret kedai spare part kereta kat Butterworth ni (orang Penang sebut Bagan).


Barang-barang yang aku beli;

1) 1set Timing Belt Asuki (c/w oil seal, bearing Koyo)
2) 1 pc Fan belt Continental
3) 1 btl Eneos 10-40W Semi-Syn Engine Oil
4) 1 ut. Oil Filter (Mitsubishi)
5) 4x1L Auto Oil Proton SPIII
6) 1 ut. Waterpump NPW
7) 1 ut. Air Filter 

Total Harga semua sekali RM498.00.  
Huh, baru pakai BLM. Belum Alphard lagi. kehkeh.


1) Ini timing belt asal yang datang dengan kereta. Kalau tak silap aku brand Mitsuboshi kot.


2) Timing belt yang asal + Oil Seal. Aku tengok condition dia memang cantik lagi. Tapi tak apa la. Nama pun preventive maintenance.


3) Gambar ni saja aku selit sekali. Packing oil seal. Yang silver tu yang original. Orang lain pakai la. Ah Boy Pomen tu cakap ni ori Viton. Yang packing lutsinar tu yang aku punya. Dia kata macam bukan Viton. Cilaka aku rasa macam dah kena kencing pulak dengan kedai spare part tu. Asalnya aku nak beli timing belt kit yang ori Proton. Tak pun brand Gates kalau tak silap aku. Tapi Cina kedai spare part tu la berjaya pancing aku pakai brand Asuki.. Tapi tawakkal je lah. Haishhh..

Nota: Viton tu material dia. Getah ni ada dua jenis. Viton & NBR. Viton ni kelebihan dia untuk high temperature. Hangpa Google la sikit. Jangan malas.  


4) Timing Belt baru dah siap dipasang. Ah Boy tengah dok adjust dia punya tension kasi ummpphh.


5) Ni tumbesaran dari gambar No.4.


6) Ini aku punya Fan Belt. Dah crack sana sini. Memang tepat pada masa la aku punya service schedule ni.


7) Ini Oil Filter minyak enjin aku. Aku beli yang bagus sikit la sebab pakai minyak pun yang elok. Yang ini Pomen pun kata terbaik kalau pakai. Dia punya Filter tu body kaler hitam. Boleh la buat panduan untuk hangpa yang ada kasih sayang terhadap kereta masing-masing. Alah tambah RM3 je pun dari yang filter biasa.


8) Akhirnya setelah terbang RM150 kos upah (yang aku rasa agak mahal kot), Pomen pun tempek la sticker untuk servis akan datang.  

"Sehingga berjumpa lagi di Kilometer yang ditetapkan." kata Ah Boy Pomen sambil senyum kambing dekat aku. Tak kisah la. Janji dia punya kerja aku puas hati. Dah level Pomen Peribadi aku la kira dia ni. Sepanjang perkhidmatan beliau dengan aku selama selama ni, memang senang tanya, tak sepp ilmu dan paling penting tak kencing kuat. 

Kesimpulan aku nak bagitau hari ni, sediakan duit yang secukupnya untuk benda-benda macam ni.

Sekian, Adios!


13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bro, boleh share price utk items kat bawah tak..TQ.

    1) 1set Timing Belt Asuki (c/w oil seal, bearing Koyo)
    2) 1 pc Fan belt Continental
    6) 1 ut. Waterpump NPW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tukar timing belt..memang kena tukar skali ke fan belt dengan water pump tu??

      Delete
  3. Apa model no. NPW pump for saga..thanks bro.

    ReplyDelete
  4. blm dgn flx timing belt sama ka? kt mna bgkel ni abg bg nama & alama6t bleh dak. terima kasih byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. blm ngn flx xsama timing belt, bearing berbeza...harga kompom la xsama..beza dlm 60/70 cmtu...

      Delete
    2. blm ngn flx xsama timing belt, bearing berbeza...harga kompom la xsama..beza dlm 60/70 cmtu...

      Delete
  5. blm dgn flx timing belt sama ka? kt mna bgkel ni abg bg nama & alama6t bleh dak. terima kasih byk2

    ReplyDelete
  6. Kereta dh 6 tahun. Mileage baru 40000km...agak2 timi g belt perlu tukar ke...

    ReplyDelete
  7. Kereta dh 6 tahun. Mileage baru 40000km...agak2 timi g belt perlu tukar ke...

    ReplyDelete
  8. Nak tanya.. Sya dah making timing belt..knp tak boleh start engine.. Langsung tak hidup

    ReplyDelete