Sunday, 23 February 2014

Majeeda Briyani Ujong Pasir

Kegilaan aku dengan nasi "berperisa" memang tinggi. Dan kembalinya aku ke Melaka untuk trip yang pendek ni dengan tujuan bawa anak bini jalan-jalan, dah tentu nak kena bawa depa try Nasi Briyani Ujong Pasir. Seingat aku kali pertama aku makan kat situ dalam tahun 2007/2008, rasanya agak Boleh Tahan. Belum sampai tahap Hao Liao! lagi. 

Aku sampai dalam pukul 12.30 tengah hari. Nasib baik ingat lagi jalan lepas 5 tahun tak datang. Suasana kedai masih sama, tak banyak beza. Cuma yang aku pasti dia punya pinggan dah tukar. Dulu seingat aku pakai pinggan bulat yang biasa tu. Sekarang pakai Tray seperti dalam gambar kat bawah.


Abaikan Wife & Marissa, fokus pada nasi. Aku order 1set Nasi Briyani Ayam Goreng untuk Wife. Yang aku punya tak syak lagi Nasi Briyani Kambing.

 
Yang ini aku punya nasi. Marissa dengan tidak ikhlasnya tunjuk tanda Thumb-up sebagai mewakili perasaan Abah. Komen peribadi aku;

1) Nasi agak sikit, memang pantang aku la sepp nasi ni.
2) Nasi punya rasa tu bagi aku agak kurang "kick", malah pada aku rasa pelik. Dia ada tawar tak tawar, lemak tak lemak, eh tak tau pulak nak cakap.
3) Lauk kambing dia sedap. Memang Hao Liao! Lauk ayam goreng tu normal la kan.
4) Aku tak pasti apa relevan sayur kobis ber-cuka tu. Seingat aku dulu tak ada pun. Yang pasti aku tak berapa suka. Bagus lagi sayur acar timun atau lain-lain.
5) Harga aku rasa OK. Tak ada elemen terkejut pada harga.

Kesimpulan, mungkin sebab lama sangat kena Nasi Briyani kat Penang ni, selera aku biasa-biasa saja kat Briyani Ujong Pasir. Masih boleh makan, tak tinggal sebutir nasi pun dalam tray, tapi balik rumah tak termimpi-mimpi lah kiranya. Apapun, Alhamdulillah dapat kesempatan pekena sepinggan Nasi Briyan Ujong Pasir! 

Friday, 14 February 2014

Timing Belt Saga BLM + Major Service

Sebagai tanda kasih & sayang aku kat kereta, aku tak nak delay dia punya major service. Mileage baru cecah 85895km. Dah sampai masa nak kena tukar timing belt. Dah pulak minyak engine & minyak auto pun sama-sama nak due. Memang aku set macam tu. Senang nak plan servis sekali harung. Tak payah aku nak ulang 3 4 kali pergi bengkel. Tapi yang sakit sikit tu bab duit la. Walaupun 2 3 bulan ni aku agak sengkek, aku cari jugak modal nak buat. Sayng punya pasal (padahal aku takut timing belt buat kacau sebab minggu depan aku dengan wife dah plan nak pi Melaka).

Ok kamonn, 'straight to the point' bak kata orang putih dan orang Melayu yang boleh cakap orang putih. Barang-barang aku beli sendiri. Sebab aku tau sikit-sikit pasal kereta dan pulak office aku dekat dengan deret kedai spare part kereta kat Butterworth ni (orang Penang sebut Bagan).


Barang-barang yang aku beli;

1) 1set Timing Belt Asuki (c/w oil seal, bearing Koyo)
2) 1 pc Fan belt Continental
3) 1 btl Eneos 10-40W Semi-Syn Engine Oil
4) 1 ut. Oil Filter (Mitsubishi)
5) 4x1L Auto Oil Proton SPIII
6) 1 ut. Waterpump NPW
7) 1 ut. Air Filter 

Total Harga semua sekali RM498.00.  
Huh, baru pakai BLM. Belum Alphard lagi. kehkeh.


1) Ini timing belt asal yang datang dengan kereta. Kalau tak silap aku brand Mitsuboshi kot.


2) Timing belt yang asal + Oil Seal. Aku tengok condition dia memang cantik lagi. Tapi tak apa la. Nama pun preventive maintenance.


3) Gambar ni saja aku selit sekali. Packing oil seal. Yang silver tu yang original. Orang lain pakai la. Ah Boy Pomen tu cakap ni ori Viton. Yang packing lutsinar tu yang aku punya. Dia kata macam bukan Viton. Cilaka aku rasa macam dah kena kencing pulak dengan kedai spare part tu. Asalnya aku nak beli timing belt kit yang ori Proton. Tak pun brand Gates kalau tak silap aku. Tapi Cina kedai spare part tu la berjaya pancing aku pakai brand Asuki.. Tapi tawakkal je lah. Haishhh..

Nota: Viton tu material dia. Getah ni ada dua jenis. Viton & NBR. Viton ni kelebihan dia untuk high temperature. Hangpa Google la sikit. Jangan malas.  


4) Timing Belt baru dah siap dipasang. Ah Boy tengah dok adjust dia punya tension kasi ummpphh.


5) Ni tumbesaran dari gambar No.4.


6) Ini aku punya Fan Belt. Dah crack sana sini. Memang tepat pada masa la aku punya service schedule ni.


7) Ini Oil Filter minyak enjin aku. Aku beli yang bagus sikit la sebab pakai minyak pun yang elok. Yang ini Pomen pun kata terbaik kalau pakai. Dia punya Filter tu body kaler hitam. Boleh la buat panduan untuk hangpa yang ada kasih sayang terhadap kereta masing-masing. Alah tambah RM3 je pun dari yang filter biasa.


8) Akhirnya setelah terbang RM150 kos upah (yang aku rasa agak mahal kot), Pomen pun tempek la sticker untuk servis akan datang.  

"Sehingga berjumpa lagi di Kilometer yang ditetapkan." kata Ah Boy Pomen sambil senyum kambing dekat aku. Tak kisah la. Janji dia punya kerja aku puas hati. Dah level Pomen Peribadi aku la kira dia ni. Sepanjang perkhidmatan beliau dengan aku selama selama ni, memang senang tanya, tak sepp ilmu dan paling penting tak kencing kuat. 

Kesimpulan aku nak bagitau hari ni, sediakan duit yang secukupnya untuk benda-benda macam ni.

Sekian, Adios!


Tuesday, 11 February 2014

Berahi Nasi

Melihatkan sekeping dua gambar kat bawah,
betul-betul buat aku tak keruan.




Apatah lagi mengenangkan aksi manja Macha taruk kuah campur ke seluruh nasi, huh!


Perghhhh....aku dah x boleh tahan.
Baru pukul 11pagi, aku tak peduli.
Jom pekena!
Yeahh!


Nota: Gambar2 ambik dari google.


Cari Makan

Dalam hidup aku sehari-hari,
ada dua tiga benda yang utama, yang tak boleh buang dari kepala.
Selain Mak Ayah, Isteri dan Anak, aku fikirkan benda kat bawah ni;
















Selagi Feri-Feri di Penang ni relevan dan boleh jalan,
selagi itu aku boleh Cari Makan.
InsyaAllah.

Monday, 10 February 2014

Akhirnya!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum;

Akhirnya!
Ya, akhirnya aku ada sebuah Blog.
Aku pasang niat nak ada blog sendiri tahun 2008.
Tahun 2014 jadi kenyataan.
5 tahun lebih untuk sebuah entri.
Aku kira walaupun lambat, tapi masih boleh bangga untuk diri sendiri sebagai seorang yang mula kenal dan belajar main komputer masa Tahun 1 di universiti, 2005.

Salam perkenalan, selamat membaca.
Yang mana elok boleh ikut.
Yang mana menarik, boleh baca.
Yang mana bosan, boleh abaikan.
Yang mana buruk, jangan layan.

Sekian,

Bos Muda